Mengaji Al-Quran Kaedah Haraki
Apa itu Kaedah Haraki?
Adakah anda sedang tertanya-tanya dan mencari-cari tentang kaedah haraki? InsyaAllah dalam post ini, saya akan menerangkan serba sedikit tentang kaedah haraki ini. Pastikan tuan/puan baca sehingga tamat tulisan ini untuk memahami dengan lebih lanjut berkaitan kaedah haraki ini.
![]() |
Kaedah Haraki |
Secara mudahnya, kaedah haraki ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk tujuan belajar membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan tepat sama ada untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Kaedah haraki ini merupakan inovasi terbaru dalam mempelajari kaedah membaca al-Quran bertajwid dengan kaedah istimewa dan unik yang dapat memberikan nafas baru kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang lebih menarik dan berkesan.
Pada asasnya HARAKI bermaksud pergerakan. Maka, sudah semestinya dalam aplikasi kaedah haraki ini melibatkan pergerakan anggota tubuh badan terutama pergerakan tangan. Pergerakan tangan ini juga akan digabungkan dengan beberapa buah lagu yang berkaitan dengan cara mengenal huruf hijaiyah (huruf jawi) dan cara membaca al-Quran bertajwid bagi memudahkan pelajar mengingatinya.
![]() |
Poster huruf hijaiyah dalam Kaedah Haraki. |
Inovasi kaedah ini membolehkan pelajar dapat mengenali huruf-huruf hijaiyah serta menguasai cara bacaan al-Quran bertajwid hanya dalam tempoh masa 7 jam sahaja.
Ya, dalam hanya tempoh masa pembelajaran al-Quran selama 7 jam sahaja menggunakan kaedah haraki ini, seorang pelajar yang buta huruf hijaiyah sekalipun, InsyaAllah dapat membaca al-Quran dengan bertajwid.
Tuan/puan dah tahu serba sedikit pengenalan tentang kaedah haraki? Ingin tahu lebih detail tentang kaedah ini?
Nantikan tulisan-tulisan saya yang akan datang. InsyaAllah saya akan kenalkan tuan/puan dengan penagasas kaedah haraki ini, apa yang akan dipelajari daripada kaedah haraki ini, bukti-bukti keberkesanan kaedah haraki ini dalam pembelajaran al-Quran dan perkara-perkara lain yang berkaitan denga kaedah haraki ini.
Salam. Nak beli buku ini
ReplyDelete