Pengasas Kaedah Haraki
Dalam artikel berkaitan pengasas kaedah haraki ini, InsyaAllah saya akan menerangkan serba sedikit latar belakang pendidikan, latar belakang pekerjaan serta pencapaian yang pernah diperolehi oleh pengasas kaedah haraki ini.
Siapa Pengasas Kaedah Haraki?
Kaedah Haraki yang sanagat berinovasi dan kreatif ini telah dicipta oleh seorang anak malaysia sendiri yang bernama Ustaz Zakaria Bin Din@Nasiruddin dan berasal dari Tanjunng Karang,Selangor.
![]() |
Pengasas Kaedah Haraki, Ustaz Zakaria Nasiruddin |
Latar Belakang Pendidikan
Ustaz Zakaria Nasirudin, pengasas kaedah haraki ini mendapat pendidikan awal di SK Tanjung Karang, Selangor sebelum menyambung pendidikan menengah di SMK Agama Maahad Hamidiah, Kajang dan kemudiannya di SMK Agama Seremban.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Syariah dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dalam bidang Pendidikan Islam.
Latar Belakang Kerjaya
Setelah mendapatkan latihan perguruan (iktisas) di Maktab Perguruan Islam Bangi, pengasas kaedah haraki ini berkhidmat sebagai guru di SM Agama Persekutuan Kajang daripada tahun 1990 hingga 1996. Kemudian, beliau berkhidmat di SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, Perak daripada tahun 1996 hingga 1999 sebelum berkhidmat di SMK Agama Kerian, Semanggol, Perak daripada tahun 1999 hingga 2005.
Mulai bulan Oktober tahun 2005, beliau bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Guru (IPG) kampus Ipoh, Perak sehingga bulan Jun tahun 2015. Kini, beliau bergiat aktif berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran kepada seluruh umat islam dengan menggunakan Kaedah Haraki yang telah beliau asaskan.
Pencapaian Kaedah Haraki
Dibawah ini saya akan senaraikan beberapa anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi oleh pengasas kaedah haraki, Ustaz Zakaria Nasirudin menerusi kaedah haraki ciptaan beliau ini.
- Pemenang Emas, Anugerah Inovasi & Ciptaan Antarabangsa (ITEX Malaysia 2015)
- Finalis, Anugerah Inovasi Negara 2015
- Pemenang Emas, Persidangan Antarabangsa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (icon 2013)
- Pemenang Emas, Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan Peringkat Antarabangsa (Edu-InERI 2013)
- Pemenang Emas, Konvensyen KIK IPG Kampus Ipoh.
- Guru Inovatif, Jabatan Pelajaran Perak (ITC 2013)
![]() |
Pendapaian dan Anugerah Kaedah Haraki |
Beliau juga telah dijemput untuk melakukan pembentangan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 di UKM Bangi dan Seminar "International Conference on Tajdid in Quranic Studies (MUTTASIQ) 2014 yang telah diadakan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Kejayaan deme kejayaan yang diperolehi Ustaz Zakaria Nasirudin, pengasas kaedah haraki menerusi kaedah haraki ciptaan beliau ini telah mendapat liputan yang sangat meluas menerusi akhbar-akhbar tempatan dan juga menerusi siaran televisyen tempatan.
![]() |
Kaedah Haraki di akhbar metro |
![]() |
Kaedah haraki di bernama |
![]() |
Kaedah Haraki di Sinar Harian |
Baiklah, sampai sini sahaja artikel saya berkaitan pengasas kaedah haraki pada kali ini. InsyaAllah dalam artikel-artikel yang akan datang saya akan terangkan pula berkaitan dengan apa yang akan dipelajari dalam kaedah haraki dan bukti-bukti keberkesanan kaedah haraki ini. Jika tuan/puan ketinggalan membaca artikel saya yang lepas berkaitan dengan kaedah haraki, tuan/puan boleh membacanya disini (klik sini).
Casinomeister casino list - DrmCD
ReplyDeleteCasinomeister Casino list: Slots, Table 서울특별 출장마사지 Games, 고양 출장안마 Blackjack, Roulette, Video Poker, Video Poker and more. This casino lists 춘천 출장샵 a list of all 군포 출장안마 games being 사천 출장마사지 played on