Modul & Silibus dalam Kaedah Haraki

Modul & Silibus dalam Kaedah Haraki

Apa yang akan anda pelajari dalam kelas Al-Quran Haraki ini? InsyaAllah dalam post kali ini saya akan terangkan tentang Modul & Silibus yang digunakan dalam kaedah haraki ini.

Kesemua modul & silibus Kaedah Haraki ini telah di susun dalam buku "Siri Mudah Belajar al-Quran KAEDAH HARAKI - (Belajar al-Quran dalam masa 7 jam)" yang telah disusun sendiri oleh pengasas Kaedah Haraki iaitu Ustaz Haji Zakaria Nasirudin.

Baca di sini jika anda masih belum tahu apa itu kaedah haraki.

Buku "Siri Mudah Belajar al-Quran KAEDAH HARAKI - (Belajar al-Quran dalam masa 7 jam)" akan digunakan oleh Murabbi Haraki sepanjang proses pembelajaran kaedah haraki ini. Justeru, para pelajar akan diberikan buku ini dan perlu membawa buku ini sepanjang proses pembelajaran dalam kelas al-Quran Kaedah Haraki.

buku modul kaedah haraki
Buku modul Kaedah Haraki


Tajuk-tajuk dalam Modul & Silibus Kaedah Haraki


1 - Pengenalan al-Quran

Anda rasa susah dan bosan untuk mengaji al-Quran? Kami akan betulkan tanggapan anda terhadap "kesusahan" dan "kebosanan" mengaji al-Quran itu. InsyaAllah anda akan rasa lebih bersemangat dan seronok untuk mempelajari al-Quran selepas ini dengan kaedah haraki ini.

2 - Huruf Hijaiyah

Dalam modul kaedah haraki ini juga, kami akan bantu dan bimbing anda untuk mengenali dan menyebut kesemua huruf-huruf  hijaiyah. Kami akan kenalkan huruf-huruf hijaiyah ini dengan teknik yang unik supaya anda dapat kenal dan mengecam huruf-huruf tersebut dengan pantas sama ada huruf itu adalah huruf tunggal atau bersambung ataupun berbaris.

Poster Huruf Hijaiyah Kaedah Haraki
Poster Huruf Hijaiyah Kaedah Haraki

3 - Bacaan Panjang & Pendek

Modul Kaedah haraki juga akan mengenalkan cara untuk mengenal bacaan pendek dan panjang sekaligus anda akan dapat membezakan diantara perkataan yang perlu dibaca dengan panjang atau perlu dibacakan dengan pendek. Seterusnya anda akan dapat membaca potongan-potongan ayat dengan kadar bacaan panjang dan pendek dengan betul

4 - Tanwin, Nun & Mim Mati

Anda juga akan dapat mengenal apa itu "tanwin" dan maksud perbezaan yang tersirat pada cara penulisan tanwin tersebut dalam al-Quran. Anda juga akan mengetahui perbezaan disebalik penulisan Nun dan Mim mati di dalam al-Quran melalui kaedah haraki ini. Matlamat utama tajuk ini adalah anda dapat membaca perkataan yang mempunyai tanwin, nun mati dan mim mati dengan kaedah tajwid yang betul dan tepat.

5 - Syaddah

Bagaimana membaca huruf bersyaddah dengan betul dan tepat? Dalam kaedah haraki ini juga anda akan di ajar cara yang betul untuk membunyikan huruf-huruf yang bersyaddah dengan betul dan sempurna dan membezakan bacaan syaddah pada huruf nun dan mim dengan huruf-huruf yang lain.

6 - Qalqalah

Apa itu qalqalah? Satu topik yang selalu dipandang remeh tetapi sangat penting untk bacaan al-Quran yang sempurna. Anda akan dikenalkan dengan huruf-hurf qalqalah dengan satu cara yang unik supaya mudah diingati dalam kaedah haraki ini. Semestinya anda akan dibimbing untuk membaca perkataan yang terdapat hukum qalqalah dengan sempurna.

7 - Hamzah Wasol

Modul ini dimasukkan dalam kaedah haraki supaya anda dapat memulakan bacaan al-Quran pada perkataan yang bermula dengan huruf alif dengan betul dan tepat. Anda akan mengetahui perbezaan untuk memulakan bacaan yang bermula dengan huruf alif dan lam dengan huruf alif sahaja. Anda juga akan diberikan pengetahuan tentang beberapa perkataan dalam al-Quran yang terkeluar daripada kaedah ini dan cara menyebutnya dengan betul.

8 - Waqaf

Modul berkaitan waqaf juga terdapat dalam silibus kaedah haraki ini. Ini membolehkan anda mengetahui cara membaca potongan ayat-ayat al-Quran dengan waqaf yang betul pada tempat waqaf yang berlainan.

9 - Huruf Muqatoah

Pada penghujung modul kaedah haraki ini barulah anda akan dikenalkan dengan huruf-hurf muqatoah iaitu huruf-huruf yang tidak berbaris yang terdapat diawal surah-surah tertentu. Madul ini adalah yang paling sukar untuk difahami kerana ianya memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang hukum-hukum tajwid.

10 - Penutup & Penilaian

Sesi rumusan akan diadakan sebelum modul kaedah haraki ini ditamatkan. Anda juga akan dinilai sama ada telah menguasai atau masih belum menguasai membaca al-Quran. InsyaAllah kami yakin dan percaya anda akan boleh membaca al-Quran dengan baik sebaik sahaja tamat modul kaedah haraki ini.
modul dan silibus kaedah haraki
Modul dan Silibus Kaedah Haraki

Baca di sini jika anda masih belum mengenali pengasas Kaedah Haraki.

2 Responses to "Modul & Silibus dalam Kaedah Haraki"

  1. Assalamualaikum W.B.T,

    Kepada Pengasas Haraki Ustaz Zakaria


    Terlebih dulu saya nak ucapkan Jutaan Terima kasih yg tak terhingga kepada Ustaz kerana telah berjaya untuk mereka satu modul panduan bagi mempelajari Al Quran konsep Haraki yg begitu sempurna dan berinovasi

    Bagi saya pelajar yg dah meningkat usia dan sibuk dengan pekerjaan harian dan juga urusan keluarga program ini sangat2 lah berkesan dimana dengan belajar Haraki secara online dapat mempelajari dan mengenal huruf Hijaiyah , panjang pendek , Tanwin , Qalqalah, waqaf, muqataah dan Rasm uthmani yg sebelum ini saya tak tahu. Bagi saya program yg telah dianjurkan oleh Tim Ustaz Zakaria sudah lengkap dan modul & silibus dalam kaedah Haraki. Bagi diri saya sendiri program ini sangat cepat dipelajari , mudah , saya tak perlu beli banyak peralatan tambahan dan menariknya program ini amat menyeronokkan dan tidak bosan.

    Diharap program ini dapat diterapkan dalam silibus pembelajaran nasional kebangsaan dan diguna pakai kat semua sekolah-sekolah dan pengajian tinggi negara ini.

    Sekian terima kasih

    Ikhlas:-

    Raja Aga Khan
    W.P. Labuan


    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... dimanakah boleh saya dapatkan buku ini?

    ReplyDelete